ulpl1

Bilik Seminar

Kapasiti bilik seminar ini adalah antara 50 hingga 80 peserta pada satu-satu masa. Ia juga bergantung susunan kerusi dan meja sesuatu seminar tersebut. Bilik ini adalah bilik yang terbesar yang terdapat di Politeknik Kota Kinabalu kini. Bilik ini di lengkapi "sound system", OHP dan kemudahan-kemudahan yang lain seperti disertakan dengan surau dalam bangunan yang sama untuk bersolat

Read More
ulpl2

Sudut Bacaan

Sudut Bacaan di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan untuk rujukan dan antara kemudahan yang disediakan

Read More
ulpl3

ULPL PKK

Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah mula beroperasi pada 1 Mac 1996. Bermula dengan kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas dan kemudiannya berpindah ke Lot Komersial Inanam. Pengambilan sulung pelajar PKK Sabah bermula pada sesi 1996/97 yang dilaksanakan pada bulan Jun 1996 di mana seramai 83 orang pelajar memulakan pengajian mereka.

Read More
ulpl4

Penginapan WCL

Antara kemudahan yang disediakan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan ialah penginapan di White Crane Lodge. Penempahan penginapan boleh di lakukan dengan mengisi borang tempahan yang disediakan. tekan disini

Read More
ulpl5

Ruang Rehat

Ruang Rehat yang terletak di tengah-tengah ULPL yang disediakan bagi penginap WCL dan pelawat ULPL. Dilengkapi dengan kerusi, Televisyen, Rancangan TV ASTRO, Wifi bagi melayari internet dan minuman panas.

Read More
ulpl6

Auditorium ULPL

Auditorium di ULPL mampu memuatkan seramai 80 peserta dan mempunyai kemudahan seperti LCD projetor. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah Pengajaran dan Pembelajaran, forum, ceramah, seminar, dan pelbagai lagi

Read More
ulpl7

Kaunter Pertanyaan

Kaunter pertanyaan adalah tempat untuk membuat tempahan kemudahan seperti Auditorium, Bilik Sindiket, Bilik Seminar dan penginapan White Crane Lodge (WCL)

Read More
ulpl8

Sejarah PKK

Politeknik Kota Kinabalu (PKK) adalah politeknik ke-7 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Atas faktor perubahan semasa kini, bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Jarak dengan Bandaraya Kota Kinabalu lebih kurang 24 kilometer dan mudah dihubungi. Sejarah awal operasi politeknik yang berada lebih kurang 24 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah di Sekolah Menengah Teknik, Likas pada pertengahan tahun 1996. Selepas itu berpindah di sebuah bangunan komersial sewaan di Pekan Inanam, pada tahun 1999.

Read More
ulpl9

ULPL PKK

PKK kini beroperasi setanding dengan politeknik-politeknik KPTM yang lain dengan tujuan merealisasikan wawasan negara iaitu untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja separa profesional. Hal ini adalah selaras malah termaktub dalam kenyataan misi politeknik-politeknik KPTM itu sendiri. Atas semangat dan usaha gigih ini, PKK akhirnya berjaya menerima Persijilan MS ISO:9001:2000

Read More
ulpl10

Kemudahan – Kemudahan ULPL Untuk Disewa Oleh Pihak Luar

Fasiliti di ULPL terdiri daripada dewan serbaguna, dewan kuliah, bilik kuliah, makmal kejuruteraan, makmal komputer, pusat sukan, asrama dan bilik penginapan. Kadar/ caj sewaan fasiliti ULPL telah disemak untuk disesuaikan dengan kadar caj sewaan Kemudahan Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Read More

Kaedah belajar yang berkesan


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.





Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.


Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


Ketiga - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.


Keempat - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, bukan sahaja buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.


Keenam - Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.


Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.


Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.


Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.


Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.


Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.


Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.


Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu megenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.


Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.


Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh faktor yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).


Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.


Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.


Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda
mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”


Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.


Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan . Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan. Teruskan usaha dan jangan berhenti.


Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda
hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar
membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.


Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.


_____________________________________________________________________

Currently have 0 comments:


Leave a Reply