Kapasiti bilik seminar ini adalah antara 50 hingga 80 peserta pada satu-satu masa. Ia juga bergantung susunan kerusi dan meja sesuatu seminar tersebut. Bilik ini adalah bilik yang terbesar yang terdapat di Politeknik Kota Kinabalu kini. Bilik ini di lengkapi "sound system", OHP dan kemudahan-kemudahan yang lain seperti disertakan dengan surau dalam bangunan yang sama untuk bersolat
Read More
Sudut Bacaan di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan untuk rujukan dan antara kemudahan yang disediakan
Read More
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah mula beroperasi pada 1 Mac 1996. Bermula dengan kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas dan kemudiannya berpindah ke Lot Komersial Inanam. Pengambilan sulung pelajar PKK Sabah bermula pada sesi 1996/97 yang dilaksanakan pada bulan Jun 1996 di mana seramai 83 orang pelajar memulakan pengajian mereka.
Read More
Antara kemudahan yang disediakan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan ialah penginapan di White Crane Lodge. Penempahan penginapan boleh di lakukan dengan mengisi borang tempahan yang disediakan. tekan disini
Read More
Ruang Rehat yang terletak di tengah-tengah ULPL yang disediakan bagi penginap WCL dan pelawat ULPL. Dilengkapi dengan kerusi, Televisyen, Rancangan TV ASTRO, Wifi bagi melayari internet dan minuman panas.
Read More
Auditorium di ULPL mampu memuatkan seramai 80 peserta dan mempunyai kemudahan seperti LCD projetor. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah Pengajaran dan Pembelajaran, forum, ceramah, seminar, dan pelbagai lagi
Read More
Kaunter pertanyaan adalah tempat untuk membuat tempahan kemudahan seperti Auditorium, Bilik Sindiket, Bilik Seminar dan penginapan White Crane Lodge (WCL)
Read More
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) adalah politeknik ke-7 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Atas faktor perubahan semasa kini, bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Jarak dengan Bandaraya Kota Kinabalu lebih kurang 24 kilometer dan mudah dihubungi. Sejarah awal operasi politeknik yang berada lebih kurang 24 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah di Sekolah Menengah Teknik, Likas pada pertengahan tahun 1996. Selepas itu berpindah di sebuah bangunan komersial sewaan di Pekan Inanam, pada tahun 1999.
Read More
PKK kini beroperasi setanding dengan politeknik-politeknik KPTM yang lain dengan tujuan merealisasikan wawasan negara iaitu untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja separa profesional. Hal ini adalah selaras malah termaktub dalam kenyataan misi politeknik-politeknik KPTM itu sendiri. Atas semangat dan usaha gigih ini, PKK akhirnya berjaya menerima Persijilan MS ISO:9001:2000
Read More
Fasiliti di ULPL terdiri daripada dewan serbaguna, dewan kuliah, bilik kuliah, makmal kejuruteraan, makmal komputer, pusat sukan, asrama dan bilik penginapan. Kadar/ caj sewaan fasiliti ULPL telah disemak untuk disesuaikan dengan kadar caj sewaan Kemudahan Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Read More © 2010 UNIT LATIHAN & PENDIDIKAN LANJUTAN | Blogger Template By BloggerTheme | Boston Red Sox Tickets
powered by Blogger | WordPress by camelgraph | Converted by BloggerTheme. Tested by Blogger Templates | Best Credit Cards














Join The Community