ulpl1

Bilik Seminar

Kapasiti bilik seminar ini adalah antara 50 hingga 80 peserta pada satu-satu masa. Ia juga bergantung susunan kerusi dan meja sesuatu seminar tersebut. Bilik ini adalah bilik yang terbesar yang terdapat di Politeknik Kota Kinabalu kini. Bilik ini di lengkapi "sound system", OHP dan kemudahan-kemudahan yang lain seperti disertakan dengan surau dalam bangunan yang sama untuk bersolat

Read More
ulpl2

Sudut Bacaan

Sudut Bacaan di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan untuk rujukan dan antara kemudahan yang disediakan

Read More
ulpl3

ULPL PKK

Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah mula beroperasi pada 1 Mac 1996. Bermula dengan kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Likas dan kemudiannya berpindah ke Lot Komersial Inanam. Pengambilan sulung pelajar PKK Sabah bermula pada sesi 1996/97 yang dilaksanakan pada bulan Jun 1996 di mana seramai 83 orang pelajar memulakan pengajian mereka.

Read More
ulpl4

Penginapan WCL

Antara kemudahan yang disediakan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan ialah penginapan di White Crane Lodge. Penempahan penginapan boleh di lakukan dengan mengisi borang tempahan yang disediakan. tekan disini

Read More
ulpl5

Ruang Rehat

Ruang Rehat yang terletak di tengah-tengah ULPL yang disediakan bagi penginap WCL dan pelawat ULPL. Dilengkapi dengan kerusi, Televisyen, Rancangan TV ASTRO, Wifi bagi melayari internet dan minuman panas.

Read More
ulpl6

Auditorium ULPL

Auditorium di ULPL mampu memuatkan seramai 80 peserta dan mempunyai kemudahan seperti LCD projetor. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah Pengajaran dan Pembelajaran, forum, ceramah, seminar, dan pelbagai lagi

Read More
ulpl7

Kaunter Pertanyaan

Kaunter pertanyaan adalah tempat untuk membuat tempahan kemudahan seperti Auditorium, Bilik Sindiket, Bilik Seminar dan penginapan White Crane Lodge (WCL)

Read More
ulpl8

Sejarah PKK

Politeknik Kota Kinabalu (PKK) adalah politeknik ke-7 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Atas faktor perubahan semasa kini, bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Jarak dengan Bandaraya Kota Kinabalu lebih kurang 24 kilometer dan mudah dihubungi. Sejarah awal operasi politeknik yang berada lebih kurang 24 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah di Sekolah Menengah Teknik, Likas pada pertengahan tahun 1996. Selepas itu berpindah di sebuah bangunan komersial sewaan di Pekan Inanam, pada tahun 1999.

Read More
ulpl9

ULPL PKK

PKK kini beroperasi setanding dengan politeknik-politeknik KPTM yang lain dengan tujuan merealisasikan wawasan negara iaitu untuk melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja separa profesional. Hal ini adalah selaras malah termaktub dalam kenyataan misi politeknik-politeknik KPTM itu sendiri. Atas semangat dan usaha gigih ini, PKK akhirnya berjaya menerima Persijilan MS ISO:9001:2000

Read More
ulpl10

Kemudahan – Kemudahan ULPL Untuk Disewa Oleh Pihak Luar

Fasiliti di ULPL terdiri daripada dewan serbaguna, dewan kuliah, bilik kuliah, makmal kejuruteraan, makmal komputer, pusat sukan, asrama dan bilik penginapan. Kadar/ caj sewaan fasiliti ULPL telah disemak untuk disesuaikan dengan kadar caj sewaan Kemudahan Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Read More

Program TSP

Program TSP adalah satu program di mana Politeknik membuka peluang kepada pihak luar seperti pihak swasta, agensi kerajaan dan individu untuk membina kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang yang menjadi fungsi asas Politeknik seperti kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik, Perdagangan dan juga Teknologi Maklumat.

Program ini telah berjalan dengan jayanya di kebanyakan Politeknik di seluruh negara. Setelah beroperasi di kampus baru, PKK telah bersedia menawarkan program tersebut.

Antara kursus yang ditawarkan adalah:-

Kursus Asas Kontraktor (Binaan Bangunan & Anggaran Kos)·                     
Kursus Asas Jalanraya Dan Anggaran Kos·                      
Kursus Pendawaian Elektrik ( Wireman )·                     
Kursus Pengurusan Data Access 1 & 2·                     
MS Words, Powerpoint dan Excel·                     
Perkakasan dan Pembaikan Komputer·                     
Autocad 2000·                     
Merekacipta Laman Web·                     
Effective Communication Skills·                     
Speaking English At the Workplace·                     
CISCO Networking Academy Programmes